UMMB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, anak syarikat milik penuhnya, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian penjualan bangunan tersebut dengan Magna Mahsuri Sdn. Bhd.

Menurut syarikat itu, cadangan penjualan tersebut memberi peluang untuk membuka nilai segera hartanah berkenaan dan membolehkan kumpulan mengumpul dana bagi keperluan modal kerja.

“Hasil bersih cadangan penjualan ini akan digunakan sebahagiannya untuk keperluan dana modal kerja kumpulan bagi membiayai operasi harian termasuk pembayaran kepada pemiutang, perbelanjaan pentadbiran dan perbelanjaan operasi lain,” katanya di sini hari ini.

Cadangan penjualan itu dijangka selesai pada suku pertama 2020. - UTUSAN ONLINE