Pengarah Projek, Harman Mohd. Mokhtar berkata, program sempena Hari Alam Sekitar Sedunia itu akan diadakan di stesen Petronas Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor bermula pada pukul 9 pagi, esok.

“Program ini menyaksikan agihan bekas sampah diberikan secara percuma kepada pengguna jalan raya.

"Inisiatif ini diharap dapat menyuntik kesedaran masyarakat dalam menjaga kebersihan malah membantu negara mengurangkan kadar pembuangan sampah dengan lebih berhemah,” katanya. - UTUSAN ONLINE