Festival yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 9 malam itu menampilkan persembahan selebriti antarabangsa dan tempatan iaitu Chung Ha, BNK48 dan Jannine Weigel selain Bunkface, Elizabeth Tan, Min Chen, Priscilla Abby dan As’ad Motawh.

Uchat dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, orang ramai berpeluang menyaksikan keupayaan UChat dalam mengubah gaya hidup digital masyarakat sejajar dengan matlamat negara ke arah masyarakat tanpa tunai.

“Festival ini turut dimeriahkan dengan penyediaan sebanyak 10 aktiviti air dengan puluhan pilihan trak makanan.

“UChat merupakan aplikasi syarikat teknologi kewangan (fintech), i-Serve yang menggunakan teknologi pintar dan inovasi,”katanya.

Katanya, i-Serve yang ditubuhkan sejak 2001 dikenali sebagai syarikat yang mahir dalam produk web dan aplikasi, penyelesaian pembayaran dalam talian, penyelesaian e-duit dan e-tiket.

“UChat adalah aplikasi yang menggabungkan fungsi pemesejan dan e-dompet. Pengguna boleh menikmati perbualan peribadi dan sembang kumpulan, menghantar foto, video, nota suara dan pelekat kepada pengguna lain serta kemudahan membuat panggilan suara dan video.

“Manakala e-dompet yang dikenali sebagai UChatPay pula mempunyai fungsi deposit duit, penghantaran dan penerimaan duit selain memindahkan duit ke akaun pengguna UChat yang lain atau ke akaun bank. Ia juga memberi kemudahan kepada pengguna dalam membuat pembayaran transaksi melalui UChatPay,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Tiket untuk UCHAT SONGKRAN DAY-OUT boleh didapati pada harga RM189 (VIP Experience) dan RM139 (Premium Zone) dengan 1,000 pembelian pertama dua kategori itulayak menikmati potongan istimewa sebanyak 20 peratus.

“UChat Songkran Day Out mengandungi pelbagai aktiviti permainan tema air yang mesra keluarga antaranya Waterfun Family Zone, Water Gun Fun Zone, Giant Bubble Playland dan Rock Paper Scissors Water War.

“Tiket untuk acara ini hanya boleh didapati melalui Aplikasi UChat yang boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store atau App Store. Semua urus niaga pada festival hujung minggu ini sepenuhnya tanpa tunai sebaliknya melalui UChatPay,” katanya. - UTUSAN ONLINE