PENDUDUK di sekitar Shah Alam dialu-alukan untuk membawa barang-barangan terpakai dan tukarkannya kepada wang tunai di Jalan Elektron U16/M, Denai Alam, Shah Alam dekat sini, Ahad ini.- UTUSAN ONLINE

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) memaklumkan, program Pembelian Barangan Kitar Semula ini mendapat kerjasama Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) dan Denai Alam Residents' Association (DARA).

"Sehubungan itu, kami mempelawa semua penduduk untuk membawa barangan terpakai agar tidak dibuang begitu sahaja malah diberi wang tunai dari pukul 9 hingga 12 tengah hari pada hari tersebut," katanya dalam satu kenyataan. - UTUSAN ONLINE