Kedai berkenaan dilengkapi ciri teknologi digital dan interaktif untuk menyediakan perkhidmatan lebih mudah dan bebas masalah kepada pelawat, kata Travelex dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataan bersama hari ini.

Travelex juga bekerjasama dengan Eraman, cabang runcit bebas cukai MAHB untuk menawarkan ganjaran menarik dan akses lebih baik kepada promosi tambah nilai Travelex kepada pelanggan.

Selain itu, Pengurus Besar Eraman Zulhikam Ahmad berkata ahli Eraman Privilege Card akan dapat menikmati kadar istimewa dengan menunjukkan kad keahlian mereka.

Pengurus Besar Perniagaan Komersial MAHB Hani Ezra Hussin berkata pelancaran itu menandakan satu lagi yang pertama bagi Malaysia Airports ketika ia melaksanakan inisiatif komersial ditambah baik.

“Daripada pelbagai perancangan yang disusun atur sehingga keseronokan tambahan seperti kuiz menghiburkan, tetamu akan berpeluang untuk memenangi pelbagai barangan dan dapat memenuhi keperluan perjalanan mereka.

“Ini akan memenuhi keperluan penumpang kami yang semakin meningkat di KLIA, yang berkembang 2.4 peratus pada 2018, dan memeriahkan pengalaman tetamu lapangan terbang kami,” katanya.

Pengerusi Travelex, Tan Sri AP Arumugam berkata, syarikat itu merancang kedainya untuk menyediakan pengalaman tukaran mata wang yang bebas masalah dan mesra digital kepada pelanggan.

“Travelex menyasarkan untuk menawarkan lebih daripada sekadar perkhidmatan tukaran mata wang kepada pelawat, dan perkhidmatan ‘tempahan dalam talian dan ambil di kedai’ kami untuk memberikan keselesaan kepada pelawat,” katanya. -BERNAMA