TNB berkata, penubuhan dua syarikat itu adalah bagi memudahkan cadangan penyusunan semula dalaman syarikat.

“Kegiatan utama GenCo adalah pemilikan, pengurusan dan pengendalian loji janakuasa domestik, perniagaan penjanaan tenaga boleh diperbaharui, operasi loji janakuasa dan perniagaan penyelenggaraan, dan perniagaan operasi terminal pukal kering manakala aktiviti RetailCo adalah penjualan elektrik kepada pelanggan, pengumpulan hasil daripada pelanggan, penyediaan perkhidmatan pelanggan, operasi pusat pengurusan panggilan, perkhidmatan penyelesaian tenaga hijau dan melangkaui perkhidmatan penyelesaian meter,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE