DBKL dalam satu kenyataan memberitahu, pihak yang berminat dengan tawaran itu boleh menghantar permohonan sebelum tarikh tutup penyertaan iaitu pada 31 Julai ini.

“Pelawaan dibuka kepada semua syarikat yang menyediakan perkhidmatan katering bagi majlis keraian terutamanya melibatkan perkahwinan.

“Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi DBKL atau hubungi Puan Nur Syahida Anuar di talian 03-26171000,” katanya dalam kenyataan di sini. - UTUSAN ONLINE