Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Ir. Zohari Sulaiman berkata, panel pengauditan MPC membuat pemeriksaan stesen dan fasiliti di empat laluan iaitu LRT laluan Kelana Jaya, LRT laluan Ampang dan Sri Petaling, laluan KL Monorel dan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang.

“Semalam, mereka melakukan pemeriksaan di setiap laluan tersebut dan memberi tumpuan dalam aspek kebersihan, keselamatan dan pengurusan visual berdasarkan prinsip 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal.

“Oleh itu, syabas kepada semua warga kerja kerana terus mempamerkan dedikasi, komitmen serta kegigihan sehingga meraih pengiktirafan dan pensijilan Sistem Amalan Persekitaran Bersih dan Berkualiti (QE/5S) daripada MPC,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE