POSTER program

Kelab alumni sekolah itu dalam kenyataan berkata, isteri Perdana Menteri merangkap alumni sekolah berkenaan, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menjadi tetamu kehormat dalam majlis yang bermula dari pukul 7.45 hingga 10.45 malam.

“Majlis makan malam ini bertujuan mengumpul dana untuk dua buah sekolah iaitu SMK St. Mary dan Sekolah Kebangsaan St. Mary.

“Bagi SMK St. Mary, dana diperlukan untuk operasi Pusat Seni Hospitaliti dan Kulinari Saleha (SHCAC) di sekolah itu termasuk pekerjaan guru-guru untuk mengajar golongan memasak.

“Sementara SK St. Mary pula, dana diperlukan untuk membolehkan pelajar memiliki pengalaman pembelajaran yang lebih lengkap,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihaknya menyeru semua alumni supaya menyokong inisiatif mulia seperti yang ditunjukkan dan diketuai oleh Siti Hasmah.

Katanya, tiket untuk Makan Malam Gala itu ditawarkan pada harga RM10,000 (meja platinum), RM5,000 (meja emas) dan RM2,500 (meja biasa).

“Mereka yang berminat menyertai majlis ini boleh berbuat demikian dengan mendapatkan maklumat lanjut dan tiket menerusi Facebook Alumni Club di https://www.facebook.com/SmkStMarysAlumniClub/ atau WhatsApp Cynthia Wan di 012-2016 842,” katanya. - UTUSAN ONLINE