SIDC ialah cabang pembelajaran dan pembangunan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Sebelum pelantikan itu, Tengku Zarina berkhidmat sebagai Pengarah Sumber Korporat di SC.

SIDC berkata, Tengku Zarina mempunyai pengalaman 27 tahun dalam perkhidmatan kewangan global, dalam kewangan korporat dan antarabangsa, meliputi pelbagai fungsi perniagaan dan pasaran.

“Memiliki kecekapan teras dalam kredit korporat, beliau memegang pelbagai peranan dalam perbankan antarabangsa, perbankan korporat, pembangunan perniagaan, operasi perbankan, kecemerlangan pengendalian operasi dan transformasi strategik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Zarina ialah Ahli Panel Akreditasi yang dilantik untuk Agensi Akreditasi Kewangan (FAA), badan akreditasi antarabangsa dan bebas disokong SC dan Bank Negara Malaysia.

Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan dari Michigan State University Amerika Syarikat, Tengku Zarina juga merupakan lulusan Program Pengarah Wanita Institut NAM untuk Pengupayaan Wanita, dan menghadiri Program Oxford Scenarios di Said Business School, University of Oxford. - BERNAMA