Pada 10.21 pagi, 9,700 saham diniagakan.

RHB Investment Bank Bhd mengekalkan saranan “Beli” dengan harga sasaran RM1.98 daripada RM1.94, peningkatan lapan peratus dengan lima peratus hasil.

REIT itu mengumumkan cadangannya untuk membeli sebidang tanah pegangan pajak terletak di Fasa 4 Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, dengan bangunan merangkap pejabat dua tingkat, bagi bayaran tunai RM20.5 juta yang rendah sedikit daripada nilai bersih hartanah itu pada RM22.6 juta.

Cadangan pembelian tanah pegangan pajak di Bayan Lepas itu adalah susulan pembelian asetnya di Taman Perindustrian Batu Kawan baru-baru ini.

“Walaupun ia menjangkakan hasil dividen lima peratus lebih rendah berbanding purata sektor REIT, kami percaya ia adalah adil memandangkan status REIT syariahnya dan kualiti defensif asetnya.

“Risiko negatif kepada saranan kami adalah lebihan bekalan hartanah pejabat yang boleh menjejaskan kadar sewaan dan penghunian pejabat hartanahnya,” kata firma penyelidikan itu. - BERNAMA