Ryo berjaya menamatkan jarak 100km setelah mengharungi laluan gunung penuh mencabar dengan masa keseluruhan 12 jam 52 minit mengatasi rakan senegara, Hisashi Kitamura yang mencatatkan masa 13 jam 32 minit.

Beng Wan Ong pula muncul pelari terbaik Malaysia apabila berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga dengan masa 14 jam 37 minit.

Sementara itu juara dalam kategori 100km terbuka wanita, Shindy menamatkan larian dengan masa 19 jam 2 minit diikuti pelari Thailand, Hirajit Boonsaen (19 jam 55 minit) dan Hsiao Shiang Chong ketiga (21 jam 37 minit).

Kategori 100km lelaki veteran pula menjadi milik Soonseng Ong dengan masa 15 jam 6 minit manakala Song Hiang Ng menguasai kategori wanita dengan masa 19 jam 26 minit.

Sementara itu, kategori 55km terbuka dimenangi pelumba dari Lahad Datu, Romi Romantis Robi bagi kategori lelaki dengan masa dicatatkan 7 jam 24 minit dan Emilie Tan dari Australia bagi kategori wanita dengan masa 7 jam 22 minit.

Kategori 55km veteran pula menjadi milik Raymond Lim dan Michelle Looi Mei Yan.

Syahrul Neyzam Sukasdi dan Amer Hamzah Arsyad menguasai kategori 30km lelaki terbuka dan veteran sementara Farisya Amira Ahmad Hambal dan Ong Lea Teng Alice untuk wanita.

Kategori 15km lelaki terbuka dan veteran pula dimenangi Muhamad Wazini Mazli dan Poh Meng Choo sementara wanita dimenangi Maryani Ismail dan Sue Ling Teoh. - UTUSAN ONLINE