Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dana itu dikhususkan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Awam (PA) termasuk pangsapuri kos rendah dan sederhana yang dimiliki swasta.

Katanya, lebih 75,000 rumah PPR dan PA dikenal pasti mempunyai masalah seperti kerosakan lif, rumah, tandas bocor dan pendawaian serta perlu diselenggarakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara berpe­ringkat.

“Saya sudah berbincang de­ngan Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk projek cat semula ba­ngunan, selenggara lif, baik pulih kerosakan dalam dan luar rumah serta pendawaian.

“Setakat ini empat kawasan antaranya Lembah Pantai, Wangsa Maju dan Setiawangsa telah dilaksanakan penyelenggaraan itu demi keselesaan penghuni,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Nur Ramadan Parlimen Wangsa Maju di PPR Gombak Setia, di sini semalam.

Sehubungan itu, Tengku Ad­nan turut meminta sukare­la­wan untuk bantu DBKL menja­ya­kan usa­ha tersebut bagi me­­­ngurangkan kos selain mene­rap­­kan buda­ya kerjasama dalam ka­langan ma­sya­rakat.

“Kita sedar dan sedang melihat permasalahan yang dihadapi penduduk di kawasan perumahan dan akan dilaksanakan tidak lama lagi.

“Saya juga minta mereka supaya menjaga kebersihan dan memelihara kemudahan yang di­bina di kawasan kediaman ke­­rana bebanan ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya mereka tahu tanggungjawab tersebut.” katanya.

Dalam program itu, Tengku Ad­nan mengumumkan sumba­ngan wang tunai sebanyak RM30,000 dari Yayasan Wilayah Per­sekutuan untuk menaik taraf ke­mudahan Surau As-Sakinah, PPR Gombak Setia.

Malah, beliau turut menyampaikan sumbangan wang dan bahan makanan bernilai RM75,000 kepada 500 golongan asnaf, anak-anak yatim dan ibu tunggal dari Parlimen Wangsa Maju.