Kira-kira 400 pek berbuka puasa yang mengandungi kurma, kuih dan minuman diagihkan kepada pemandu yang melalui lebuh raya berkenaan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, semalam dan hari ini.

Pek-pek tersebut diagihkan sendiri oleh pegawai dan kakitangan Pusrawi di Plaza Tol Gombak, dekat sini. - UTUSAN ONLINE