Penolong Pegawai Penguatkuasa MPS, Megat Ainul Fadzlil Ainul Fadzil berkata, tindakan itu diambil berikutan pemilik mengingkari notis pengosongan premis yang dikeluarkan pihaknya sejak dua minggu lalu.

“Premis ini telah dikenakan tindakan kompaun dan sita sebanyak lima kali termasuk dua kali pada tahun ini.

“Bagaimanapun, tindakan tersebut tidak memberi kesan kepada pengusaha malah terus menjalankan operasi hingga memaksa kami mengambil tindakan yang lebih tegas,” katanya ketika ditemui dalam operasi tersebut.



Menurut beliau, premis itu didapati beroperasi secara haram termasuk menceroboh di atas tanah milik persendirian sejak tiga tahun lalu selain menyebabkan beberapa masalah seperti halangan dan takungan air - UTUSAN ONLINE