Prolintas dalam kenyataannya berkata, kerja-kerja melapah daging dilaksanakan oleh warga kerja secara gotong-royong di Pejabat Operasi Lebuhraya Klang-Shah Alam dekat sini sebelum diagihkan kepada golongan sasar.

"Sumbangan ini sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat bagi membantu meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik selain berkongsi rezeki sempena Aidiladha," katanya. - UTUSAN ONLINE