Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) menerusi catatan di Facebook berkata, kerja-kerja pembinaan memasuki pakej CA4 yang bermula dari Cheras Sentral ke Taman Bukit Segar Jaya, di sini.

"Ia melibatkan jarak sejauh 3.2 kilometer(km) di dua persimpangan iaitu Cheras-Kajang dan Cheras-Hartamas.

"Reka bentuk lebuh raya di kawasan ini sangat unik dan mempunyai struktur paling tinggi iaitu berukuran 60 meter.

Menurut kenyataan itu, Lebuhraya Suke sepanjang 24.4km itu dijangka dibuka kepada orang awam pada suku ketiga tahun 2020.

"Ikuti twitter @mySUKEofficial atau layari laman sesawang www.mysuke.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut pembinaan lebuh raya ini," katanya. - UTUSAN ONLINE