-

Alam Flora dalam satu kenyataan memberitahu, program tersebut akan diadakan di tapak parkir Kompleks Perdana Siswa (KPS), Universiti Malaya (UM) di sini pada Khamis ini.

“Orang awam dijemput hadir beramai-ramai bermula pada pukul 9 pagi hingga 3 petang dengan membawa bersama barangan kitar semula yang telah dikumpulkan.

“Mereka juga berpeluang mendapat wang tunai dan juga mata ganjaran Petronas Mesra dengan menyertai program ini,” kata kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE