OCBC Bank dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, penganjuran OCBC Berbasikal KL 2019 yang masuk tahun kelima itu terbuka kepada peserta berumur 18 tahun ke atas.

Katanya, sehingga kini, seramai 1,500 peserta telah mendaftarkan diri mereka dalam acara bertema alam sekitar itu dan penyertaan boleh dibuat menerusi laman web ocbccyclekl.com.

"Program ini mempertandingkan dua kategori iaitu 21 kilometer (km) dan 42 km yang mana ia akan merentasi beberapa kawasan tumpuan utama di sekitar pusat bandar.

"Pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pemenang antaranya empat jenis basikal iaitu basikal mountainbike, roadbike, basikal lipat dan basikal roda besar," katanya.

Majlis pelancaran program itu diadakan di dalam satu majlis yang disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, di sini semalam. - UTUSAN ONLINE