Program pertama akan diadakan di Surau Al-Faaizeen, Prima Beruntung melibatkan penyampaian sumbangan kepada lima surau manakala program kedua akan diadakan di Surau Abu Bakar Ali Bashah, Apartmen Kenanga, Taman Bunga Raya melibatkan lapan buah surau malam esok.

"Zon 21 antara kawasan yang paling banyak bilangan surau iaitu 13 buah. Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak pengurusan surau untuk menjalankan aktiviti pada Ramadan ini.

"Harapan saya agar surau-surau di Zon 21 mampu menjadi pusat aktiviti dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

"Selaku ahli majlis, saya akan cuba membantu surau-surau ini dari masa ke masa untuk memastikan perancangan program yang disusunkan oleh pihak surau dapat dilaksanakan sebaik mungkin," katanya.

Majlis yang bermula pada pukul 7 malam itu akan diisi dengan bacaan tahlil, solat berjemaah, tazkirah seterusnya penyampaian sumbangan dan jamuan.UTUSAN ONLINE.