Jabatan Perikanan dalam satu kenyataan berkata, program itu akan diadakan di Laman Perikanan, Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), dekat sini dari pukul 8 pagi hingga 1 petang pada 27 April ini.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang program berlangsung antaranya pameran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan, pertandingan mewarna dan beyblade, jualan ikan segar, gerai jualan, galeri Kingdom of Shark, galeri ikan hiasan dan Amazing Cyber Race.

“Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program ini. Kanak-kanak yang berminat menyertai pertandingan mewarna boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian 011-5699 0921,” katanya. - UTUSAN ONLINE