Program yang diadakan buat kali kedua itu melibatkan 20 banduan, keluarga, pelajar sekolah serta kakitangan SME Malayan Banking Berhad.

Timbalan Pengarah Penjara Kajang, M basakaran berkata, menerusi langkah itu juga diharap dapat mencetuskan keinsafan kepada masyarakat terutamanya pelajar sekolah agar tidak terjebak dengan jenayah.

"Kita mahu anak-anak tahu dimana tempatnya jika mereka tersilap langkah sekali gus melahirkan rasa keinsafan . Orang yang bersalah akan dihukum tanpa mengira diskriminasi sama ada Melayu, Cina atau India.

"Selain itu, program sebegini dapat memperbetulkan tanggapan agar banduan yanh bebas nanti tidak dipandang serong oleh masyarakat," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penutupan program tersebut.

Program itu dirasmikan oleh Komisioner Penjara, Datuk Abd. Aziz Abd. Razak. - UTUSAN ONLINE