Majlis anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan diadakan sebagai penghargaan kepada pasukan olahraga SKTBR2 yang berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Hulu Selangor, baru -baru ini.

Yang turut hadir Guru Besar SKTBR2, Zaini Mat Lazin, Guru Penolong Kanan Pentadbiran(GPK), Ruzaitun Abd. Jalil, GPK Hal Ehwal Murid, Sarimah Abd.Jabar, GPK Kokurikulum, Asrie Abu Bakar dan GPK Petang, Zubaidah Ali.

Turut sama pada majlis tersebut Yang Dipertua PIBG, Mohd. Tarmizi Hasim.

Zaini dalam ucapannya merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak PIBG atas inisiatif untuk meraikan atlet sebagai menyuntik semangat mereka untuk terus berjaya.

Beliau turut berharap kerjasama dan sokongan PIBG dalam membantu sekolah dapat diteruskan demi kejayaan murid-murid dalam pelbagai bidang.-UTUSAN ONLINE