PIAM dalam kenyataannya berkata, dasar perubatan standard meliputi kemasukan ke hospital dan rawatan.

Katanya, pemegang polisi yang memerlukan rawatan akibat insiden tersebut boleh memfailkan tuntutan di bawah polisi perubatan masing-masing.

“Bagi hartanah pula, polisi standard pemilik rumah dan penghuni menyediakan perlindungan untuk kerugian fizikal atau kerosakan terhadap hartanah, kecederaan dan nyawa.

“Bagaimanapun, disebabkan keadaan setiap tuntutan atau kes adalah berbeza kami menasihatkan pemegang polisi menghubungi ejen atau syarikat masing-masing bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai liputan mereka,” katanya di sini hari ini.

Menurut PIAM, syarikat-syarikat ahlinya akan membayar pampasan yang diinsuranskan selagi ia adalah tuntutan yang sah tanpa mengira pengisytiharan kecemasan dibuat atau tidak. - UTUSAN ONLINE