PMHB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, subsidiari milik penuhnya, Pesona Metro Sdn. Bhd. mendapat kontrak berkenaan yang merangkumi tiga blok pangsapuri dan tempat letak kereta empat tingkat.

Menurut syarikat itu, kontrak tersebut diperoleh daripada anak syarikat MCT Bhd. iaitu Lakefront Residence Sdn. Bhd.

“Tempoh projek tersebut adalah 27 bulan dan akan bermula pada 15 Mac,” katanya di sini hari ini.

Projek itu akan dibiayai melalui gabungan penjanaan dana dalaman dan kemudahan pinjaman jangka pendek dari bank. - BERNAMA