-

MDHS dalam satu kenyataan yang dipetik melalui laman web rasminya memaklumkan, juara pertandingan berpeluang menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM500 dan sijil penyertaan.

“Pihak kami mengalu-alukan penyertaan daripada semua warganegara Malaysia sebelum pertandingan ditutup pada 3 Mei ini.

“Penyertaan adalah percuma dan mereka yang berminat boleh muat turun syarat dan borang penyertaan di laman web www.mdhs.gov.my,” menurut laman web tersebut. - UTUSAN ONLINE