MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. (MMC Gamuda) dalam satu kenyataan memberitahu, penutupan itu dilakukan pada hari Isnin hingga Sabtu bermula 8 pagi dan akan dibuka semula selepas 10 malam.

“Antara jalan yang terlibat adalah lorong paling kanan dan kiri sepanjang 200 meter sebelum lampu isyarat di persiaran Apec selain lorong paling kiri sepanjang 200 meter berdekatan dengan stesen pam Indah Water Konsortium,” katanya.

Terdahulu, percubaan laluan kontra dilaksanakan bagi memantau aliran trafik daripada pukul 10 malam hingga 5 pagi untuk tempoh satu bulan bermula 23 Julai tahun lepas.

Salah satu arah jalan akan ditutup semasa laluan kontra sedang dilaksanakan dan pengguna jalan raya akan dilencongkan ke jalan arah bertentangan dengan bantuan pengawal bendera. - UTUSAN ONLINE