MRCBGK dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, langkah itu bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan ‘pier cap’ untuk projek LRT3 di tapak Etiqa Insurance Bhd.

Katanya, penutupan akan dijalankan selama sejam bermula dari pukul 10 malam hingga 11 malam dan 2 pagi hingga 3 pagi.

“Lorong kiri (dari Lebuhraya Guthrie) dan lorong kanan (dari Shah Alam) di Persiaran Sukan berhadapan Pangsapuri Brunsfield akan ditutup dan pemandu akan dialihkan mengikut lencongan trafik tersebut.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pengguna dan menghargai kesabaran mereka sepanjang tempoh penutupan ini. Pelaksanaan ini demi kebaikan bersama bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang,” katanya.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang ingin mengemukakan sebarang pertanyaan berhubung penutupan itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian hotline LRT3 di 1 800 18 2585. - UTUSAN ONLINE