MRCBGK dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penempatan semula utiliti untuk projek Transit Aliran Ringan (LRT) 3.

“Pada mulanya, penutupan di hadapan Vonza Sdn. Bhd, itu bermula pada pukul 10 malam hari ini hingga 6 pagi esok namun perlu dilanjutkan kerana pihak kami memerlukan tambahan masa untuk menggali dan meletakkan paip air.

“Semasa penutupan lorong sementara yang telah diluluskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) ini, pemandu di Jalan Langat menuju ke Klang diingatkan supaya berhati-hati dan mematuhi tanda amaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE