Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkata, kerja-kerja memecahkan tapak simen gerai durian berhampiran Jalan Anggerik Vanilla N31/N, Seksyen 31, Kota Kemuning dekat sini itu dilakukan selepas mendapati peniaga berkenaan gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Peniaga ini telah melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh MBSA," katanya dalam status yang dimuat naik di laman sosial Facebook. - UTUSAN ONLINE