KERATAN akhbar Utusan Malaysia esok memaparkan sikap segelintir peniaga bazar Ramadan di Kuala Lumpur yang mengabaikan aspek kebersihan .

Ini termasuk daripada aspek kebersihan pengendalian makanan dan persekitaran gerai yang perlu sentiasa bersih dan selamat. Kegagalan penguat kuasa turun padang bagi memantau peniaga sepanjang operasi perniagaan dijalankan lebih memburukkan keadaan.

Hasil tinjauan Utusan Malaysia di beberapa bazar Ramadan sekitar Kuala Lumpur mendapati ada segelintir peniaga mengambil kesempatan untuk tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan PBT sebelum ini.

Butiran lanjut mengenainya boleh didapati dalam Utusan Malaysia edisi cetak esok-UTUSAN ONLINE