Bagaimanapun, secara keseluruhan status terkini pemulihan bekalan air di empat Loji Rawatan Air (LRA) telah mencapai tahap 88 peratus.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, peratusan pemulihan di wilayah lain juga telah melebihi tahap 90 peratus kecuali di Petaling dan Klang/Shah Alam yang masing-masing berada pada tahap 81 dan 86 peratus.

“Wilayah Hulu Selangor melibatkan sebanyak 12,175 akaun terjejas kini mencapai tahap 99 peratus pulih diikuti Kuala Selangor (64,558 akaun) telah pulih 98 peratus.

“Sementara itu, bagi wilayah Kuala Lumpur (117,837) dan Kuala Langat (9,571) masing-masing telah mencapai kadar 92 dan 91 peratus untuk pulih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, menurut Abdul Raof, Air Selangor akan terus menggerakkan bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air dan pusat khidmat setempat (PKS) di kawasan yang terjejas sehingga bekalan pulih sepenuhnya.

“Orang ramai boleh melayari lawan sesawang www.syabas.com.my, aplikasi telefon bimbit Air Selangor, Facebook Air Selangor dan Twitter @air_selangor untuk maklumat serta status terkini atau terus hubungi kami di talian 15300 atau Whatsapp ke 019-281 6793 / 019-280 0919 untuk sebarang bantuan,” katanya. -UTUSAN ONLINE