Pengarah Bahagian Khidmat Masyakat Peka, Chee Keen Har berkata, misi kemanusiaan itu akan memberikan sokongan moral selain bantuan barangan keperluan asas bagi meringankan beban mangsa.

“Antara barangan yang akan disalurkan kepada mangsa bencana itu seperti beras, biskut, gula, minuman dan keperluan barangan dapur.

“Selain itu, Peka turut menyerahkan selimut, ubat-ubatan, lampin pakai buang, tuala wanita dan barangan kebersihan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Keen Har berkata, Peka kini dalam proses mengumpul sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan dan menyediakan dokumentasi diperlukan bagi membolehkan misi kemanusiaan tersebut digerakkan.

Dalam pada itu katanya, rumah orang-orang tua di Ulu Yam, Selangor menjadi destinasi seterusnya yang dipilih Peka bagi menyalurkan sumbangan berupa barangan keperluan harian.

“Seramai 99 penerima rumah orang-orang tua itu menerima sumbangan seperti beras, milo dan juga lampin pakai buang.

“Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini merupakan program bulanan Peka bagi membantu golongan memerlukan khususnya warga emas,” katanya. -UTUSAN ONLINE