Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, antara kawasan terlibat ialah Kampung Pasir, Taman Kelab Ukay, Taman Bukit Mulia dan Taman Sering Ukay.

Turut terjejas Kampung Ampang Indah, Kampung Ampang Campuran serta Taman Watan.

"Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan dan pihak kami menggerakkan bantuan lori-lori tangki air ke kawasan terjejas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai boleh merujuk status terkini di laman sesawang www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit Air Selangor yang dikemas kini dari semasa ke semasa.- UTUSAN ONLINE