Presiden Gerakan, Datuk Dr, Dominic Lau Hoe Chai berkata, Nie Ching juga telah kehilangan kepercayaan dan sokongan daripada masyarakat Cina ekoran pelaksanaan tulisan Jawi di semua sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).

Malah katanya, tindakan Nie Ching yang mengumumkan pelaksanaan ini tanpa berbincang umpama ‘menjual’ masyarakat Cina sehingga menyebabkan beliau hilang kepercayaan.

“Jika Nie Ching dapat menangani pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh masyarakat Cina, hasilnya tidak akan jadi seperti ini.

“Jika hanya segelintir sahaja yang menentang tulisan jawi, sudah pasti tidak banyak reaksi di media sosial di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nie Ching sebelum ini dikatakan tidak menghormati komuniti Cina dan India dengan melaksanakan tulisan jawi pada buku-buku teks di semua sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).

Timbalan Menteri Pendidikan itu turut didakwa mengumumkan pelaksanaan ini tanpa berbincang dengan pertubuhan-pertubuhan pendidikan.-UTUSAN ONLINE