Dalam persetujuan kedua-duanya, Presiden Universiti Limkokwing, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Lim Kok Wing mengesahkan bahawa pihaknya bersedia untuk meneruskan biasiswa kepada pelajar Kenya dengan sepuluh tambahan bagi mahasiswa Sarjana dan PhD.

“Saya bersetuju untuk meneruskan biasiswa ini selain mengadakan beberapa usahasama lain seperti mewujudkan laman web bagi membantu negara itu menarik lebih ramai pelabur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu Muhoro Francis Ndegwa Muhoro berkata, pihaknya sangat berterima kasih kepada Universiti Limkokwing kerana memberi biasiswa kepada pelajar Kenya.

“Kami menghargai bilangan pelajar yang diberikan biasiswa dan kerjasama ini perlu dikekalkan,” katanya. - UTUSAN ONLINE