MTUC dalam satu kenyataan memberitahu, program yang bertemakan Pekerjaan Masa Depan itu akan bermula seawal 7 pagi hingga 12 tengah hari.

“Semua pihak dijemput hadir bagi memeriahkan program selain peluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM50,000.

“Pelbagai aktiviti disediakan antaranya perarakan hari pekerja, kiosk pameran, persembahan pentas, kempen derma darah dan pertandingan mewarna kanak-kanak,” menurut kenyataan itu di sini hari ini,” - UTUSAN ONLINE.