MPSJ dalam satu kenyataan berkata, program di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud.

"Program bersempena Bulan Kemerdekaan ini merupakan inisiatif MPSJ dalam meraikan sambutan kemerdekaan negara.

"Ini selaras dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan serta Agenda Perbandaran Baru yang menekankan aspek kesihatan serta kemampanan komuniti setempat," katanya di sini hari ini.

Dalam program itu, pelbagai aktiviti menarik dirangka seperti Kayuhan Hidup Sihat MPSJ sejauh 20 kilometer (km), larian fun run lima km, aktiviti gotong-royong, cabutan bertuah dan pameran. - UTUSAN ONLINE