Timbalan Pengarah Korporat, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abbdul Rashid berkata, mesyuarat tersebut akan diadakan dalam tempoh terdekat dan ianya bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik terhadap isu yang berbangkit di kawasan tersebut seperti masalah banjir terutama ketika hujan lebat.

“Timbalan Pengarah JabataPerancangan Bandar MPSJ Hazman Mohd. Mahayuddin memaklumkan bangunan tersebut belum diambil alih oleh pihak MPSJ dan menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk menyelesaikan masalah teknikal termasuk pam rosak dan sebagainya di parkir tersebut terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Dalam kejadian banjir di lokasi berkenaan baru-baru ini telah menyebabkan kereta yang diletakkan di situ tidak dapat dibawa keluar kerana rosak dan MPSJ terpaksa menutup lokasi tersebut atas faktor keselamatan. -UTUSAN ONLINE