MPSJ dalam satu kenyataan memberitahu, operasi itu diadakan bertujuan untuk melakukan pemeriksaan lesen dan kepatuhan kepada syarat selain memastikan sama ada premis tersebut melakukan aktiviti kitar semula plastik atau sebaliknya.

“Sebelum operasi ini diadakan, pihak kami menyeru agar pemilik perniagaan di kawasan perindustrian segera mematuhi peraturan serta syarat lesen MPSJ sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, pihaknya telah menyediakan paltform secara dalam talian bagi memudahkan pemilik perniagaan membuat permohonan lesen. - UTUSAN ONLINE