KFC Malaysia antara penyewa di Pier8 Mall, pusat beli-belah bertemakan maritim dalam projek pembangunan hartanah bersepadu Gravit8 oleh Mitraland Group yang dijangka siap suku pertama tahun depan.

Pengarah Urusan QSR Brands, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata, kerjasama itu menyediakan platform untuk memperluaskan kehadiran dengan menawarkan pelanggan pilihan runcit yang menyeronokkan.

“Kami mahu memastikan kami kekal relevan kepada pelanggan, memudahkan para pelanggan dan ke hadapan dari segi dalam perkhidmatan dan penawaran produk,” katanya di sini.

Akuarium berukuran enam meter dalam diameter akan menjadi tumpuan utama di Pier8 Mall.

Antara penyewa lain di Pier8 Mall adalah Best Fresh Mart, Cherie Hearts International Preschool, Believe Fitness, Thai Hou Sek, Station One Café dan Onedeland. - UTUSAN ONLINE