Timbalan Menteri Dr Ong Kian Ming berkata sejak pelancaran program itu pada Januari tahun ini, kira-kira 300 PKS telah mendaftar, walaupun pemilihan peserta untuk program itu belum dibuat.

“Kami berada pada separuh kedua program capaian ini sekarang, dan kami merancang untuk pergi ke beberapa bandar kecil di negeri-negeri seperti Batu Pahat di Johor, Taiping (Perak) dan mungkin beberapa tempat lain serta kegiatan perindustrian di Selangor. Kami masih mengenal pasti tempat tersebut.

“Kami juga mahu melakukan lebih banyak capaian menerusi media sosial seperti e-mel untuk mendapatkan lebih banyak PKS, terutama dari negara kurang maju seperti di pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita di luar Forum CEO 2019, di sini hari ini.

Ong yang merupakan ahli panel forum bertajuk ‘Memahami dan Meningkatkan Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0)” berkata walaupun MITI berhadapan cabaran besar untuk memastikan PKS dapat memain peranan yang lebih penting dalam industri revolusi 4.0, namun agensi itu bersedia menghadapinya.

“Daripada keseluruhan PKS di seluruh negara, saya tidak pasti dari segi penilaian kesedaran Industri 4.0 yang mengetahui program ini.

“Saya tidak fikir ia membimbangkan ... ia menunjukkan cabaran yang kita hadapi kerana kebanyakan PKS masih tidak tahu tentang industri ini, oleh itu ia mewajarkan kami untuk menyegerakan program capaian ini supaya mereka mendaftar untuk program ini,” katanya.

Dari segi jumlah peserta, Ong berkata kerajaan menganggarkan peruntukan RM15 juta untuk kira-kira 500 PKS (melaksanakan program itu) seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Namun kami mahukan lebih banyak syarikat mendaftar supaya dapat dipilih dan menyertai program RA serta membayar,” katanya.

Ong berkata PKS terpilih akan diumumkan secara berpingkat mulai suku kedua tahun ini, untuk program capaian kedua. - BERNAMA