Majlis pelancaran tersebut merupakan permulaan sebelum Yakult menjelajah ke 1,000 sekolah sepanjang tahun ini.

Timbalan Pengurus Jabatan Perhubungan Awam dan Sains Yakult, Chong Li Yi berkata, ia juga merupakan penjenamaan semula program yang sebelum ini dikenali Jom Sihat Dengan Yakult.

"Melalui program tersebut, murid-murid akan didedahkan mengenai fungsi penghadaman dan probiotik, ceramah interaktif dan tayangan video animasi 'Fly with Yaya'.

"Selain itu, pihak kami turut membekalkan minuman Yakult secara percuma kepada murid sekolah terlibat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE