Pengimport dan pengedar Moto Guzzi di negara ini, Didi Resources Sdn. Bhd. kini mengadakan promosi istimewa dinamakan Ride-Now-Pay-Later. Menerusi promosi ini, pelanggan berpeluang membawa pulang model yang diidamkan tanpa bayaran selama enam bulan.

Promosi ini sah kepada motosikal yang didaftarkan dari 15 Jun lalu sehingga 31 Ogos ini.

Pengedar sah yang mengambil bahagian ialah Welly World Cycle, No. 2135, Jalan 3/1, Batu 13 1/2, 47000 Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor (012-9412322); Stronghold Cycles @ The Gasket Alley, Lot 15, 13, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor (016-3738656); Sheng Fatt Motor Sdn. Bhd., No 24, Jalan Dato Keramat, 10150 Georgetown, Pulau Pinang (012-4018932) dan Soon Hin Co., A-139 & A-141, Jalan Beserah, Kuantan, Taman Seaview, 25300 Kuantan, Pahang (016-9350055). - UTUSAN ONLINE