Pengerusi MCCF, Halim Ishak berkata, program anjuran bersama Spartan Race (M) Sdn. Bhd. (SRSB) diadakan bertujuan memberi peluang kepada penggemar sukan lasak selain mempromosi Langkawi sebagai pusat destinasi pelancongan dunia.

“Acara ini sudah mula mendapat tempat di hati penggemar sukan larian secara berhalangan ini melalui peningkatan jumlah penyertaan setiap kali ianya dianjurkan.

“Sehubungan itu, sasaran jumlah ini meliputi penyertaan dari peserta dalam dan luar negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Halim berkata, nagi edisi pertama, pihak penganjur akan memperkenalkan kategori khas untuk menghargai wira-wira negara dalam kalangan Polis dan Tentera.

“Selain kategori tersebut, antara yang dijangkakan akan mendapat sambutan atau jumlah peserta yang ramai adalah dari acara Sprint 5 kilometer dan Special Spartan Kids,” katanya. - UTUSAN ONLINE