MBSA dalam kenyataan laman web rasminya memberitahu, kejohanan yang akan diadakan di Padang B Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu dibuka kepada orang ramai terutamanya penduduk Shah Alam.

“Orang ramai dan peserta boleh hadir seawal pukul 8 pagi bagi memeriahkan suasana di samping memberi semangat kepada pasukan pilihan masing-masing.

“Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi urusetia pertandingan di talian 012-5015337 (Zakaria) atau 012-3134881 (Mohd. Razli),” menurut laman web itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE