Sajak berkenaan hasil nukilan Sasterawan Negara ke-14, Prof. Dr. Siti Zainon Ismail yang berjudul ‘Hari Peperiksaan’.

“Sajak yang berjudul 'Hari Peperiksaan' karya Siti Zainon Ismail saya dedikasikan khas buat anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan UPSR.

“Doa saya sentiasa bersama mereka,” katanya dalam status Instagram yang dimuat naik hari ini.

Sajak berkenaan berbunyi begini;

Hari Peperiksaan

Hari penentu tiba juga

Semua harus siap sedia

Akal sudah diasuh guru

Rasa dan cita sudah diajar untuk maju

di meja sudah sedia kertas soalan

Kami hanya bawa pensel pemadam dan pembaris

Waktu tiba

Guru beri panduan.

“Baca betul-betul lihat arahan, pilih dan jawab soalan wajib

Ilmu kira-kira harus jawab penuh

isi borang jawapan

Tandakan pangkah untuk jawapan betul

nah! Boleh mulakan!”

Soalan bahasa kena buat karangan

Ini paling Siti suka

Pilih judul “Kampung Saya”

Soalan lukisan menarik juga

Buat lakaran poster

Siti pilih abjad Jawi

Untuk iklan mari mengaji!

- UTUSAN ONLINE