Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jason Chong berkata, dana itu digunakan untuk pelaburan hartanah patuh syariah dari seluruh dunia sekali gus memberikan sumber pulangan jangka sederhana dan panjang yang lebih pelbagai kepada para pelabur Malaysia.

Menurutnya, ciri-ciri global dana itu adalah memanfaatkan potensi peluang pertumbuhan yang lebih tinggi daripada sektor ekonomi baharu seperti e-dagang, kereta autonomi, internet untuk segala-galanya selain daripada pelaburan tradisional dalam REIT kediaman, runcit, pejabat dan perindustrian.

“Semua teknologi dan perniagaan baharu ini wujud bagi memenuhi permintaan pembinaan infrastruktur termasuk pusat data, menara sel telekomunikasi dan gudang.

“Dana ini juga boleh terlibat dengan industri penjagaan kesihatan seperti pusat perubatan dan rumah persaraan di mana sektor berkenaan dijangka berkembang pantas di peringkat global,” kata dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE