Dalam kalangan negara ASEAN, Singapura berada di kedudukan ke-34 dengan 6.262 mata diikuti Thailand (ke-52; 6.008 mata) dan Filipina (ke-69; 5.631 mata).

Laporan tersebut digambarkan sebagai tinjauan mengenai kebahagiaan global yang mengelaskan 156 negara tentang kesenangan hati warganegaranya.

Laporan Kebahagiaan Dunia memfokuskan kebahagiaan dan komuniti, bagaimana kebahagiaan berkembang dalam tempoh beberapa tahun dengan tumpuan terhadap teknologi, norma sosial, konflik dan polisi kerajaan yang memacu perubahan berkenaan.

Negara paling tidak menggembirakan adalah Malawi pada kedudukan ke-150 (3.410 mata), Yaman (ke-151; 3.380 mata), Rwanda (ke-152; 3.334 mata), Tanzania (ke-153; 3.231 mata), Afghanistan (ke-154; 3.203 mata), Republik Afrika Tengah (ke-155; 3.083 mata) dan Sudan Selatan (ke-156; 2.853 mata). - UTUSAN ONLINE