MAIWP dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, acara yang bermula pada pukul 11 pagi itu bertujuan meraikan seramai 20 pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di institusi pendidikan Islam itu.

“Darul Ilmi merupakan sebuah pusat pengajian agama secara intensif kepada warga emas berusia 55 tahun ke atas.

“Ia memberi peluang kepada warga emas mendalami ilmu agama dalam ruang lingkup persaraan yang ada sebagai persediaan di hujung usia,” katanya.

Menurut kenyataan itu, konsep pengajian yang unik menjadikannya sebagai institusi pertama seumpamanya di negara ini. - UTUSAN ONLINE